Saturday 24 September 2011

Tradisi gila, jadikan anak sendiri sebagai umpan buaya



ayah bayi menghayun anaknya depan buaya yang kelaparan
Bila kita tidak faham melihat gambar yang dikongsikan diatas,kita mungkin langsung akan menilai apa yang dilakukan oleh ayah diatas sangatlah sadis.Kenapa tidak,anaknya sendiri iaitu darah dagingnya sendiri ditimang timang depan mulut buaya yang lapar…. uhhhh sangat ngeri bukan? Tersilap sikit boleh saja dibaham buaya tu…. oh ngerinya….


Namun sesungguhnya itulah sebahagian daripada ritual masyarakat keturunan Afrika yang berada di Karachi Pakistan. Anak kandung sendiri dihayun hayun di depan buaya kelaparan.Mereka adalah komuniti penganut aliran Sheedi yang menganggap buaya adalah haiwan yang suci dan mampu membawa rezeki serta kesejahteraan manusia. Menurut laporan akhbar Daily Mail,masyarakat Sheedi sangat yankin buaya tidak akan makan anak mereka kerana buaya adalah haiwan yang suci.


Masyarakat keturunan Afrika-Pakistan di Karachi,Buaya yang ada di kompleks kuil umat Sheedi Karachi tersebut menjadi tempat pemakaman mereka apabila mereka meninggal dunia. Mereka selalu berhajat agar mayat mereka akan dibuang ke dalam kolam kuil yang dipenuhi buaya suci tersebut dengan tata cara dan ritual,kerana keistimewaan haiwan reptilia tersebut membuat mereka percaya bahawa buaya merupakan dewa mereka.

No comments:

Post a Comment