Thursday 15 September 2011

Tikus masuk dalam dubur lelaki mabuk



Seorang lelaki mabuk yang mencuri masuk ke sebuah rumah di South Carolina, Amerika Syarikat (AS), ditemukan dengan seekor tikus tepat di dalam duburnya.


Polis sebelumnya berusaha keras untuk menangkap lelaki itu,kerana dia mengamuk ketika polis hendak menangkapnya. Polis  ditampar, ditendang dan juga terkena gigitan lelaki yang sedang mabuk tersebut.


Pihak polis mengatakan Noah Smith mencuri masuk  ke rumah orang dan  mengamuk dengan melempar barang-barang yang ada di dalamnya. Ketika polis menemukannya lelaki yang berusia 31 tahun itu memang dalam pengaruh dadah.


 Polis terpaksa menutup kepalanya dengan selimut agar tidak menggigit polisi. Dia juga terpaksa diikat  seperti orang sakit jiwa, kerana amarahnya yang berlebih.


Tetapi yang membuat polis terkejut adalah penemuan seekor tikus di duburnyaKetika dibawa ke hospital, petugas kesihatan melihat buntut tikus tergantung di duburnya. Ketika di periksa dengan lebih lanjut, ternyata di dalam duburnya  ada seekor tikus..


Smith mengaku kepada  doktor dia tidak tahu apa yang terjadi. Dia juga tidak ingat pergelutannya dengan anggota polis. Smith sendiri di dakwa atas tuduhan menolak ditangkap, serangan,rompakan dan perbuatan tidak senonoh iaitu berbogel.(link) 

No comments:

Post a Comment