Friday 23 September 2011

Rozita Che Wan Minta RM3,000 Per Episod Untuk Drama Bersiri 13 Episod?


Sudah menjadi kebiasaan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis ‘senior’. Namun apa yang terjadi, Rozita telah menuntut bayaran yang berlebihan untuk drama 13 episod.
Difahamkan, Rozita telah meminta sebanyak RM3,000 untuk setiap satu episod drama itu.
Isu tersebut timbul apabila Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab dikatakan terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Rafique baru-baru ini. Dakwanya, pelakon yang sinonim dengan watak janda itu awalnya telah bersetuju untuk berlakon dengan mereka, namun selepas itu menolaknya apabila tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan.
Ekoran itu, pihak GBSB terpaksa menggantikan Rozita dengan pelakon Sharifah Shahirah.
Benarkah bayaran RM3,000 untuk satu siri drama bagi penerbitan drama bersiri dalam negara ini ‘tidak masuk akal’? Apakah bayaran lazim RM1,500 hingga RM2,000 itu berpatutan untuk pelakon popular seperti Rozita Che Wan,38, yang kini semakin laris seperti goreng pisang panas?

No comments:

Post a Comment