Wednesday 21 September 2011

Polis tertipu oleh patung

Polis menjadi panik oleh panggilan terus menerus tidak berhenti yang mereka terima. Ramai orang yang melaporkan bahawa ada seseorang hendak melompat di bangunan Empire State
.




Polis pun bergegas menuju lokasi, namun nampaknya polis tertipu.


Pasalnya, apa yang dilihat bukan seperti yang dilaporkan orang ramai. Tidak ada percubaan bunuh diri melainkan hanya sebuah patung.


Sebenarnya sebanyak 31 patung manusia yang dipasang oleh seniman berasal Inggris bernama Antony Gormley. Dia sudah memasang patung-patung tersebut sejak awal bulan lalu di banyak bangunan-bangunan terkenal, salah satunya Empire State.
Tak hairan jika orang beranggapan ada yang ingin bunuh diri, kerana patung tersebut diletakkan di posisi berbahaya, iaitu di pinggir bahagian atas bangunan.


Sementara patung lainnya diletakkan di posisi berbeza. Empat patung terdapat di pinggir jalan, termasuk di Jalan Fifth Avenue.


"Sangat geram, kami kekurangan tenaga untuk menerima panggilan telefon yang masuk, hanya untuk menangangni patung yang akan bunuh diri," ujar salah seorang polis dengan marah, seperti dilaporkan AFP.


Polis sebenarnya sudah diinformasikan mengenai projek seni tersebut, bahkan Datuk Bandar Kota New York, Michael Bloomberg juga mendukung projek tersebut.
 

No comments:

Post a Comment