Friday 16 September 2011

Penjara pun kena rompak


Sekumpulan penyamun berjaya memecah masuk sebuah penjara di Belanda dan melarikan pelbagai peralatan termasuk peti televisyen milik banduan, ketika pesalah dibawa keluar untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan pada hujung minggu.




Jurucakap pejabat pendakwa raya yang mengesahkan kejadian itu berkata ini adalah rompakan kedua di penjara di bandar Hoorn, 42 kilometer ke timur laut Amsterdam itu, dalam tempoh enam minggu.


“Kami hairan bagaimana sebuah penjara yang dikawal rapi boleh disamun dan tiada tangkapan dibuat pihak polis sehingga kini,” katanya.   ~~Reuters 

No comments:

Post a Comment