Wednesday 21 September 2011

Pencuri curi barang dari pencuri


Baca tajuk ni dah buat kita tersenyum, tapi yang pasti ini cerita sebenar. Seperti yang diberitakan Metro.co.uk, 2 orang pencuri meninggalkan kedai perhiasan di Milwaukee dengan membawa hasil curian iaitu wang tunai dan batu permata.

Sayangnya kedua pencuri itu tak boleh menikmati hasil curian mereka. Sebelum berhasil merayakannya, kedua pencuri itu ternyata juga diincar oleh pencuri yang lain. Dan barang curian mereka dicuri oleh kelompok pencuri lain ketika cuba keluar dari kedai tersebut.

Menurut Leftnan polis Thomas Welch, kerana kejadian itu timbul perkelahian di jalan sebelum akhirnya kelompok pencuri berhasil lari dengan menggunakan kendaraan dan terjadi kejar-kejaran diantara mereka.

Untungnya polis berhasil membuat kedua kendaraan itu menepi dan menahan 4 orang termasuk 2 orang pencuri pertama yang berusia 40 dan 31 tahun. Adapun group pencuri yang ke 2 berusia 22 dan 27 tahun. Ke 4 pencuri itu berasal dari Illinois.

Tapi menurut Leftnan Thomas Welch, para polis tak menemukan wang tunai atau juga perhiasan dan mereka sedang mencari kemungkinan adanya tersangka lain dalam persitiwa itu.

No comments:

Post a Comment