Monday 5 September 2011

Niat Untuk Ke Taman , Tapi Termasuk Ke Penjara Wanita


BERLIN – Seorang lelaki terjebak di dalam penjara wanita, kerana mengira gerbang penjara itu adalah jalan pintas menuju taman kota.

Peristiwa ini diketahui Datuk Bandar Hildesheim Henning Blum, ketika dia melintas di penjara wanita. Bahkan, dia sempat mendengar suara jeritan minta tolong orang lelaki itu. Dia pun memberitahu polis dan segera membebaskan lelaki berusia 24 tahun itu.

Lelaki tersebut mengatakan pada polis, dia tengah berjalan-jalan keliling kota dan tidak menyedari bahawa dia telah masuk ke dalam penjara. Demikian seperti dilansir Reuters, Khamis (5/5/2011).

Pada saat dia menyedari dimana dirinya berada, gerbang penjara sudah tertutup dan akhirnya dia pun terkunci di dalam.

Polis kemudian melakukan penyiasatan kenapa gerbang penjara boleh terbuka dan membuat lelaki tersebut boleh masuk ke dalamnya
.

No comments:

Post a Comment