Wednesday 14 September 2011

Neelofa Mahukan Kuasa Halimunan, Hiasi Muka Depan Majalah EH!


Neelofa atau lebih mesra dipanggil sebagai Lofa, telah dipilih untuk menghiasi muka depan Majalah EH! edisi September 2011. Khas untuk peminat-peminat Neelofa, aku tempek muka depan Majalah EH! edisi Eptember 2011 untuk tatapan anda beserta beberapa soalan yang diajukan kepada Neelofa. Oh! tergelak aku apabila mengetahui Neelofa inginkan kuasa halimunan. Tehee!
Apakah sasaran Lofa dalam kerjaya kini sebagai artis?
Selain memenangi anugerah, Lofa mahu kekal dalam industri seni. Lofa cukup mengagumi Erra Fazira yang mampu bertahan begitu lama biarpun melepasi dua dekad. Kalau boleh, Lofa juga mahu mencapai tahap itu.
Adakah Lofa bercita-cita menjadi artis sejak kecil?
Semasa kecil, Lofa pernah berangan menjadi Miss World! (Tertawa) No, I never thought I’m going to be an actress. Lofa mana ada ilmu lakonan! Minat pun tiada. Tetapi lama-kelamaan, minat itu timbul dengan sendirinya lebih-lebih lagi selepas menerima tawaran berlakon filem ‘Azura’ oleh Abang Aziz (Aziz M Osman).
Apakah filem kegemaran yang menjadi impak dalam kerjaya Neelofa?
(Terdiam lama) Sembilu! Itulah filem pertama yang pernah Lofa tonton. Lofa masih ingat jalan ceritanya malah dialog pun Lofa hafal! Erra dan Ziana Zain benar-benar memberikan lakonan berkesan. Terutama sekali Ziana yang bukan sahaja menjiwai wataknya dengan baik, malah gayanya memang tersendiri. Gayanya mengangkat kening memang ‘mahal’!
Jika Neelofa seorang penyanyi, siapa penyanyi yang menjadi inspirasi?
Tentunya Katy Perry! Personaliti Katy sangat menarik. Apatah lagi kecantikannya melengkapkan lagi pakej untuk bertambah popular. She is hot! Lofa juga sukakan muzik dan kegilaannya. Pendek kata, Katy is a very fun person to look at!
Jika Neelofa mempunyai kuasa (super power), apakah kuasa Lofa?
Hah? Alamak…(terdiam) Lofa mahukan kuasa halimunan! Haha!
Kenapa nak jadi halimunan? Nak lari dari media ya?
Ha’ah. Boleh tak? Haha! Tak lah, Lofa nak hilang daripada situasi seperti stres atau hilang kawalan. Lofa tak mahu menghadap semua itu. Jadi jalan terbaik adalah menjadi halimunan.

Tonton video di belakang tabir sewaktu Neelofa menjalani sesi penggambaran bersama EH! Enjoy!

No comments:

Post a Comment