Tuesday 13 September 2011

Menahan Bersin adalah Berbahaya


Ramai orang mencuba untuk menahan bersin dengan cara menekan hidung mereka sehingga rasa untuk bersin itu menjadi hilang. Ternyata menahan bersin sebenarnya boleh menjadi masalah yang serius jika sering dilakukan.

Tahap kelajuan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, sehingga jika seseorang menahan untuk bersin maka tubuh harus menahan kecepatan tersebut secara tiba-tiba. Hal ini tentu saja akan mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman yang seharusnya dikeluarkan malah masuk kembali.

"Bersin merupakan kegiatan yang positif kerana memiliki fungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut dan kerongkong) dan ini adalah hal yang baik, manakala menahan bersin pula adalah sangat berbahaya kerana boleh menimbulkan beberapa risiko,' ujar Dr Michael Roizen, head of Wellness Officer Clevelend Clinics.

Roizen menyenaraikan beberapa bahaya yang boleh berlaku jika seseorang menahan bersin iaitu:
  1. Menyebabkan patah tulang di tulang rawan hidung
  2. Hidung berdarah
  3. Pecah gegendang telinga
  4. Gangguan pendengaran
  5. Vertigo-(pening)
  6. Bola mata terkeluar atau mengalami emfisema.
Hal ini kerana tubuh berusaha menahan tahap kelajuan dari bersin yang tinggi. Kecederaan yang timbul umumnya mempengaruhi struktur bagian dalam kepala.
Emfisema adalah suatu keadaan yang menyerang kanak-kanak ataupun orang dewasa yang berpotensi menyebabkan kematian kerana dapat menghalang kemasukan udara. Tanda-tanda yang muncul biasanya wajah atau leher yang membengkak dan timbul rasa sesak nafas.
"Untuk membantu seseorang agar mudah bersin boleh dilakukan dengan cara melihat cahaya terang, hal ini dapat merangsang saraf optik yang melintasi jalur pusat bersin. Selain itu iritasi yang terjadi di saraf dekat pusat bersin juga dapat memicu seseorang untuk bersin," tambahnya.

Saat seseorang bersin biasanya diikuti oleh keluarnya bakteria atau kuman dari dalam tubuh. Hal ini berguna untuk menjaga hidung agar tetap bersih, kerana bersin seringkali terjadi secara berulang-ulang.
So kepada anda yang membaca artikel ini, jangan pernah menahan bersin untuk menghindari beberapa risiko tersebut. Tapi jangan lupa pula untuk menutup mulut dan hidung dengan tangan, tisu, sapu tangan atau pekup dengan tapak tangan ketika bersin, agar bakteria dan kuman yang keluar tidak membahayakan orang lain.

Renung-renungkan, jangan lupa amalkan
!

No comments:

Post a Comment