Wednesday 14 September 2011

Mahasiswa ancam pensyarah kerana markah rendah


BEIJING - Seorang pensyarah salah satu universiti di China melapor kepada polis kerana diancam oleh mahasiswanya yang minta nilai tinggi.

Pada 17 Julai, Yang Hua, dari kota Nanjing mendapatkan SMS yang berisi kutukan terhadap keluarganya kerana telah memberikan nilai buruk kepada salah seorang muridnya.

Pada hari yang sama, ibunya Yang mendapatkan tiga SMS berturut-turut yang meminta semua nilai dirubah dari mulai 65 dan 75 menjadi 90 atau jika tidak dia akan mendapatkan balasannya.

SMS itu pun mengancam anak lelakinya dengan mengatakan bahawa "Aku akan menyakitinya".

Yang pun akhirnya menyiasat nombor telefon tersebut hingga akhirnya mendapati salah seorang siswanya bernama Li Ming yang memang mendapatkan nilai yang buruk.

Yang kemudian melaporkan hal tersebut kepada dekan namun laporannya tersebut tidak dipedulikan Khuatir akan keselamatan keluarganya, Yang pun akhirnya melaporkan hal tersebut kepada polis.

Seperti dilapor Straits Times, Selasa (2/8/2011), Li yang mengirimkan SMS tersebut meminta maaf atas perilakunya. Dia melakukan hal tersebut kerana kecewa mendapatkan nilai rendah.(rhs)

No comments:

Post a Comment