Friday 16 September 2011

Lelaki Ditangkap Polis Hanya Kerana Memotong Rumput



Maksud hati ingin berbuat baik, apa daya malah hukuman yang didapat. Nasib itulah yang dialami seorang warga di suatu kota kecil di Ohio, Amerika Syarikat (AS).


Dia terpaksa duduk di penjara, bukan kerana mencuri atau merampok, melainkan kerana memotong rumput di taman Central Park, yang terletak di tengah kota Sandusky. John Hamilton, demikian nama lelaki malang itu, berinisiatif memotong rumput kerana merasa sudah tak enak dilihat.


Lagipula, menurut Hamilton, rumput di taman itu sudah lama tak terurus sehingga tumbuh liar. Dia pun langsung beraksi dengan alat pemotong rumput.


Sayang, niat baik lelaki berusia 48 tahun itu tak dihargai polis. Hamilton dituduh mencampuri urusan pemerintah tanpa izin dan mengganggu ketertiban umum.


Pengurus taman kota, Matt Kline, menyoal penahanan itu. Kline juga faham inisiatif Hamilton itu. Menurut Kline, rumput di taman tak terawat dengan baik kerana pemerintah kota tengah kekurangan staf akibat kesulitan anggaran. Tak jelas bagaiman nasib Hamilton selanjutnya, apakah dibebaskan atau diproses lebih lanjut di muka hukum.
 

No comments:

Post a Comment