Monday 5 September 2011

Lagi Ambulans Terbalik, Lelaki Yang Tenat Maut

KINABATANGAN: Seorang isteri yang mengiringi suami yang tenat dihantar ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan bagi mendapatkan rawatan maut, selepas ambulans dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terhumban dan terbalik ke dalam parit di Kilometer 73, Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa Suarni Laube, 30, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kinabatangan, manakala suaminya Firman Baune, 30, terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess Of Kent untuk rawatan lanjut. 
Doktor dan jururawat dalam ambulans terbabit tidak cedera manakala pemandu kenderaan itu hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kinabatangan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Jaini Abdul Kadir, berkata, kejadian itu berlaku apabila ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Duchess Of Kent bagi menghantar pesakit yang juga suami mangsa.



“Kenderaan itu dinaiki mangsa yang mengiringi suami yang sakit serta seorang doktor dan jururawat. Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan pacuan empat roda dari Sandakan ke Kinabatangan cuba mengelak lubang sebelum memasuki laluan bertentangan.

No comments:

Post a Comment