Thursday 22 September 2011

Kerana rindukan ibu, kanak-kanak tersesat sampai ke Chile

SANTIAGO, KOMPAS.com - Seorang kanak-kanak lelaki Bolivia, yang berusia 10 tahun dan bersembunyi di trak dalam usaha menemui ibunya di penjara, malah menempuh perjalanan sampai Chile, setelah trak yang ditumpanginya menjelajahi perjalanan sejauh 500 kilometer melewati pegunungan Andes.


Anak lelaki tersebut, yang diidentifikasi bernama Franklin Villca, akhir minggu lalu sampai di kota Iquigue, Chile, sekitar 1.800 kilometer di sebelah utara Santiago, setelah menempuh perjalanan tiga hari tanpa makan dan minum di dalam trak, yang membawa bahan mineral.

"Saya cuma mahu menemui ibu saya," kata anak lelaki itu kepada stesen televisyen Chile, TVN, sebagaimana dikutip AFP.

Franklin Villca menumpang sebuah trak di kota Oruro, Bolivia, kerana dia mengira kendaraan itu akan membawa dia ke Cochabamba, tempat ibunya menjalani hukuman.

Rupanya, Franklin salah menumpang trak, sehingga membawanya ke arah yang berbeza melewati jalan pegunungan setinggi 3.000 meter.

Franklin turun dari trak dan tidak sedar dirinya telah berada di jalanan Alto Hospicio, di dekat Iquique. Beruntung, Franklin bertemu Margarita Flores, wanita ini lalu membawa Franklin pulang dan melaporkan ke pihak yang berkenaan.

"Saya boleh  merasakan kerinduan kanak-kanak itu, kerana saya juga seorang ibu. Dan ternyata ibu Franklin sedang mengalami masalah dan di penjara," kata Margarita Flores kepada media setempat.

Franklin kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk mendapat pengasuh. Namun, atas permintaan Margarita Flores, pengadilan di Iquique memutuskan dan mengizinkan Franklin tinggal bersama keluarga perempuan tersebut, sampai ia boleh diserahkan kepada pemerintah Bolivia. 

No comments:

Post a Comment