Friday 16 September 2011

Kejam, Orang jatuh ditengah jalan tiada siapa yang bantu

Sebuah suratkhabar China melaporkan ada seorang laki-laki tua yang jatuh di tengah jalan, dan tidak  bangun selama 15 minit. Namun tidak ada yang menolongnya dan mereka hanya melihatnya sahaja.










 Mereka mempunyai alasan kenapa tidak membantu? Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang terduduk di lantai bas untuk berdiri tetapi lelaki itu dituduh keluarga nenek itu sebagai penyebab kecederaan. Lelaki tesebut diminta membayar 130.000 Yuan untuk membayar pengubatan. Namun kedua pihak melakukan perbincangan, lelaki itu hanya membayar 40.000 yuan sahaja. 


Dalam satu lagi kejadian yang menimpa seorang mahasiswa di universiti Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa itu dituduh sebagai penyebab cedera wanita tua tersebut dan di dijatuhi hukuman membayar 80.000 yuan. 


Dalam kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis atau ambulan dan tidak semua orang yang cedera itu adalah pura-pura atau bermaksud jahat. Cuba bayangkan jika yang tercedera ditengah jalan itu anggota keluarga kita?

No comments:

Post a Comment