Friday 23 September 2011

Kanak-kanak 9 Tahun Bunuh Diri kerana tak diberi wang beli buku


TEMPO Interaktif, Beijing - Anak berusia sembilan tahun ini mengantung diri kerana datuk dan neneknya tidak memberikan wang untuk membeli buku yang dia inginkan.


Kanak-kanak yang belajar dibangku kelas tiga sekolah dasar di Jianli, Daerah Hubei, tersebut ditemukan mati tergantung di dahan pohon belakang rumahnya pada 26 Mei.


Menurut datuk, cucunya sempat meminta wang 36 yuan sehari sebelumnya. Nenek anak itu pun berjanji untuk memberikan wang tersebut.


Akan tetapi, ketika menemukan hanya ada 2 yuan yang ditinggalkan datuk dan neneknya keesokan harinya, ia menggantung diri ketika tidak ada orang di rumah.


“Ia sedikit marah dan tidak mahu berbicara dengan saya pagi itu,” ujar datuknya. “Saya meninggalkan dia di rumahnya dan ke luar rumah sekitar 10 minit. Ketika saya pulang, saya melihatnya sudah ada di pohon.”


Orang tua anak tersebut telah bercerai. Oleh kerana itu,kanak-kanak tersebut tinggal bersama datuk dan neneknya.
 

No comments:

Post a Comment