Monday 5 September 2011

Juara Pecut Dunia Usain Bolt Cipta Rekod Baru



Nesta Carter (kiri), Michael Frater (dua dari kiri), Yohan Blake dan Usain Bolt (kanan) meraikan kejayaan mereka memecah rekod dunia 4x100 meter lari berganti-ganti pada final Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan, semalam. - REUTERS


DAEGU - Usain Bolt memimpin kuartet Jamaica menjuarai acara 4x100 meter dengan catatan masa 37.04 saat yang merupakan rekod baru dunia pada hari terakhir Kejohanan Olahraga Dunia, semalam.
Kuartet yang dianggotai Nesta Carter, Michael Frater, Yohan Blake dan Bolt memadamkan rekod sebelum ini iaitu 37.10 saat.


Ia satu-satunya rekod dunia yang dicipta pada kejohanan dunia edisi ke-13 ini yang melabuhkan tirai selepas selesainya acara terakhir itu.
Perancis meraih pingat perak dalam masa 38.20 saat, sementara gangsa jatuh kepada Saint Kitts dan Nevis yang menamatkan perlumbaan dalam 38.49 saat.


Pasukan pilihan, Amerika Syarikat gagal menamatkan saingan selepas pelari ketiganya, Darvis Patton berlanggar dengan pelari Britain dan terjatuh sebelum sempat menghulur baton kepada rakan sepasukan, Walter Dix.
Kuartet Britain juga gagal meneruskan perlumbaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment