Wednesday 7 September 2011

Jepun Cipta Sushi Raksasa


Apakah kamu suka makan sushi? Bagaimana dengan sushi raksasa? Di prefektur Aichi terdapat satu restoran sushi yang terkenal kerana menyajikan menu sushi berukuran raksasa.

Salah satunya adalah sushi roll super besar yang terdiri dari 20 jenis makanan yang berbeza dan digulung ke dalam 2 meter nori (rumput laut) dan nasi. Untuk mendapatkan sushi raksasa ini kamu perlu mengeluarkan wang sebesar ¥15.000 dan harus memesan 2 hari sebelumnya.

Selain sushi roll raksasa, untuk harga yang sama, restoran ini juga menyajikan 1 set nigiri sushi ukuran raksasa disertai dengan 1 set nigiri sushi ukuran super kecil. Potongan tuna di atas gumpalan nasi dalam set sushi ini boleh untuk membuat 40 buah maguro nigiri-sushi ukuran normal.


No comments:

Post a Comment