Friday 2 September 2011

Inilah Rumah Bernilai 1 Billion Dollar Milik Orang Terkaya Di India



Manusia paling kaya di India yang bernama Mukesh Ambani telah membina rumah paling mewah di dunia yang berharga $ 1 bilion yang bertempat di Mumbai. Antilia, dinamakan bersempena dengan pulau mitos di Atlantik. Pembinaan ini diilhamkan oleh Taman Tergantung Babylon dan mengambil masa kira-kira 3 tahun untuk menyiapkannya.

Dengan 27 tingkat, Antilia dilengkapi dengan kelab kesihatan dengan gimnasium dan studio tarian, ballroom, sekurang-kurangnya satu kolam renang dan sebuah panggung wayang 50 tempat duduk.




Menjulang tinggi ke langit Mumbai, harta seluas 37000 kaki persegi dan 570 kaki tinggi ini juga mempunyai tiga helipads pada ruang bumbung, di bahagian bawah pula merupakan tempat letak kereta bagi himpunan 168 buah keretanya dan sembilan lif.
Bil elektrik sebulan dia sahaja bernilai: Rs. 7 069 488 atau RM 45 7420.74. Uihh..macam ni tiap-tiap bulan boleh beli Myvi sebijik.


Luas dapur kira-kira sama besar keluasan ballroomnya, dapat memberi khidmat kepada beratus-ratus orang tetamu, kolam renang bersaiz Olimpik dan taman terbuka empat tingkat. Gila ke tak gila mamat ni.


Lagi gambar..






No comments:

Post a Comment