Friday 23 September 2011

Ibu Cekik Anak Kandung Hingga Mati Kerana Kahwin Pemuda Hindu


TRIBUNNEWS.COM - Dua perempuan Muslim membunuh anak perempuan mereka kerana menikahi pemuda beragama Hindu. Keduanya membunuh anak mereka dengan mencekiknya hingga tewas. Demikian diberitakan Daily Mail, Isnin (16/5/2011).

Pengantin baru bernama Zahida (19) dan Husna (26) dicekik hingga meninggal dunia ketika kembali ke rumah setelah menikahi pemuda pilihan mereka. Demikian ujar Anil Kumar Kusan, seorang polis yang bertugas di wilayah Baghpat,negara bahagian Uttar Pradesh, India, tempat kejadian itu berlangsung.

Zahida dan Husna bertetangga dan jatuh cinta dengan dua pekerja kontrak. Mereka berdua memilih kahwin lari dan kembali ke rumah masing-masing dengan harapan boleh berdamai dengan keluarga. Ibu mereka yang masing-masing bernama Khatun dan Subrato menolong satu sama lain mencekik anak kandung sendiri.

“Kami membunuh mereka kerana membuat malu komuniti. Bagaimana boleh mereka kahwin lari dengan (pemuda) Hindu? Mereka pantas mati dan kami tak punya rasa sesal,” kata Khatun setelah ditangkap pada Jumaat, minggu lalu 

No comments:

Post a Comment