Thursday 15 September 2011

'Cemburu' hadiah Akim buat Stacy


Setelah dua tahun sepi tanpa sebarang album, penyanyi popular kelahiran Sabah ini muncul dengan album terbarunya, Stay-C yang memuatkan lapan buah lagu baru hasil sentuhan daripada komposer-komposer ternama tanah air. Berkonsep baru dan lebih matang daripada yang sebelumnya, Stacy ketika ditemui di majlis pelancaran album ini di Zeta Bar, Hilton Hotel baru-baru ini, menjelaskan dia turut menyelit lagu-lagu berkonsepkan balada khas buat peminat-peminatnya.


"Album ini mengambil masa lama kerana terpaksa mengikut giliran daripada syarikat rakaman, tetapi saya tidak terkilan kerana biarpun lagu-lagu saya tetap dikeluarkan terlebih dahulu.


"Berbeza dengan album pertama, album kali ini turut menyelitkan beberapa lagu balada, kerana saya mahu membuktikan saya bukan sahaja mampu membawakan lagu berentak rancak, tetapi juga turut boleh menyanyikan lagu dengan lenggok balada.


"Tak dinafikan, saya sangat menyukai lagu-lagu berentak rancak tetapi saya harus membuktikan saya juga boleh membawakan lagu-lagu perlahan, selain saya juga mahu menghiburkan mereka yang berada diperingkat usia lebih matang,"jelas Stacy.


Akim sumbang lagu


Menariknya tentang album terbaru Stacy ini, sebuah lagu berjudul Cemburu disumbangkan khas oleh teman rapatnya, Akim.


"Ini kejutan daripada Akim, pada asalnya saya tidak tahu Akim yang menulis lagu ini kerana lagu ini dihasilkan bersama-sama komposer KunciDemak, tetapi bila diberitahu, saya memang benar-benar terkejut.


"Saya memang gembira dengan lagu itu, tetapi saya tidak pasti sama ada maksud lagu itu ditujukan untuk saya ataupun tidak,"ujar Stacy yang juga meraikan hari lahirnya di majlis pelancaran album itu.

No comments:

Post a Comment