Friday 16 September 2011

Guru dipenjara kerana cium perempuan sedang tidur


 Seorang guru olahraga dihukum enam tahun penjara kerana memasuki  rumah orang lain dan mencium perempuan yang sedang tidur dibiliknya.


Richard Duffy (32) dalam keadaan mabuk pada pukul 5 pagi setelah minum alkohol bersama teman-temannya. Dia kemudian terjatuh di depan rumah yang tak terkunci lalu masuk ke dalam rumah tersebut.Guru yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak itu menemukan seorang perempuan di bilik tidur dan menciumnya saat perempuan itu sedang tidur di samping kekasihnya.


Si perempuan menoleh dan menyangka kekasihnya yang mencium. Namun, ketika bangun baru dia menyedari bahawa bukan kekasihnya yang menciumnya. Guru itu sempat melarikan diri walaupun dikejar oleh kekasih mangsa.


Polisi kemudian berhasil memperolehi  DNA yang ditinggalkan Duffy di wajah perempuan yang diciumnya dan mendapatkan data si penyerang yang tersimpan dalam daftar pelaku kejahatan. Guru malang itu mempunyai rekod jenayah pada tahun 1998 ketika berusia 20 tahun. Dia lalu ditangkap di depan rakan guru lainnya di Primet High School, di Colnes, Lancashire,England semasa memberikan pelajaran olahraga.


Namun, mengapa pintu rumah si perempuan tidak terkunci? Rupanya pada saat hampir bersamaan si perempuan juga baru pulang dari sebuah malam pengumpulan dana dalam keadaan mabuk dan lupa mengunci pintu rumah
.

No comments:

Post a Comment