Tuesday 13 September 2011

Gila, Bakar wang AS$1.63 juta untuk memastikan anak perempuannya tidak sejuk

BOGOTA – Bakar wang lebih AS$1.63 juta (RM5.60 juta)! Itulah yang dilakukan oleh ketua kartel dadah Colombia, mendiang Pablo Escobar untuk memastikan anak perempuannya tidak kesejukan, lapor sebuah akhbar semalam.






Pendedahan itu dibuat oleh seorang anak lelaki Escobar, Sebastian Marroqumn yang menyatakan bahawa apabila bapanya melihat anak gadisnya, Manuela menggeletar kesejukan semasa mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan setelah melarikan diri daripada pihak berkuasa, Escobar sanggup membakar banyak wang kertas Amerika Syarikat (AS) bagi memanaskan badan.


Api wang itu turut digunakan oleh mereka untuk memasak makanan.


Sebastian, yang berhijrah ke Argentina selepas kematian bapanya 15 tahun lalu, membuat pendedahan berani itu dalam wawancara dengan sebuah majalah Colombia, Don Juan.


Menurutnya lagi, Escobar turut membeli sebuah firma teksi untuk mengesan ketibaan orang asing di bandar kelahiran mereka, Meddelin dan dia akan memindahkan anggota keluarganya ke-15 buah tempat persembunyian setiap 48 jam.


Escobar yang merupakan ketua kartel dadah Medellin, ditembak mati pada Disember 1993 ketika dia cuba melarikan diri daripada pihak polis.


Ketika era kegemilangannya pada 1989, Escobar disenaraikan sebagai manusia ketujuh terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$29.9 bilion (RM102.5 bilion).


- Agensi
 

No comments:

Post a Comment