Thursday 15 September 2011

Dua penjaga mayat cabut lari kerana 'mayat' kembali hidup


Dua penjaga rumah mayat di Afrika Selatan mengalami pengalaman yang mengerikan ketika tiba-tiba mereka mendengar teriakan dari sebuah peti mati berisi jenazah seorang lelaki berumur 50 tahun.

Akhirnya diketahui bahawa "Mayat" dalam peti mati tersebut ternyata masih hidup.

"Keluarganya menyangka dia telah meninggal," ujar petugas kesihatan Sizwe Kupelo kepada Sapa news agency.

"Keluarga itu memanggil petugas peribadi yang membawa tubuh lelaki yang dikiranya sudah mati itu ke rumah mayat, tetapi pada jam 5 pagi,lelaki itu berteriak dari dalam peti mati, dia minta tolong untuk dikeluarkan dari tempat yang dingin tersebut."

Hal ini menyebabkan dua orang penjaga yang tengah bertugas lari dari rumah mayat yang terletak di kota kecil Libode, Eastern Cape kerana mengira bahawa mereka baru saja diganggu oleh hantu.

Setelah meminta pertolongan dan kembali untuk menyedari bahawa ternyata "hantu" itu masih hidup, sebuah ambulan dipanggil untuk mengangkut lelaki yang sudah dalam keadaan sangat kedinginan selama 24 jam.

Kupelo mengatakan bahawa masyarakat seharusnya jangan pernah mengambil kesimpulan bahawa orang yang sakit telah mati. Mereka yang pantas mengesahkan hal tersebut adalah doktor, petugas gawat darurat, dan polis.


sumber: Yahoo AFP

No comments:

Post a Comment