Tuesday 6 September 2011

Cik Normah : Anuar Zain guna botox?


SEJAK kebelakangan ini, memang terdengar cakap-cakap nakal yang mendakwa seorang penyanyi lelaki yang bersuara lantang, siapa lagi kalau bukan Anuar Zain menggunakan botox untuk merubah wajahnya. 

Kawan-kawan Cik Normah pun bercakap perkara yang sama selepas melihat wajah penyanyi yang terkenal dengan lagu Lelaki Ini di akhbar baru-baru ini.

Kata mereka memang nampak perubahan wajah Anuar berbanding dulu. Bila ada perbezaan, biasanya orang akan mula membuat spekulasi yang mengatakan Anuar menyuntik botox di wajahnya membuatkan raut wajahnya nampak lain dari yang pernah orang luar lihat sebelum ini.
Bagaimanapun, persoalan nakal itu akhirnya terjawab apabila teman Cik Normah yang lebih mesra dengan panggilan Abang Bobo bertanyakan perkara itu sendiri kepada tuan punya badan ketika bertemu dengannya dalam satu sesi fotografi baru-baru ini. Katanya, Anuar menafikan yang dia menggunakan botox untuk memperbaiki wajahnya. 

Sebaliknya, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu mengaku yang perubahan wajahnya itu disebabkan dia menggunakan kaedah rawatan “reshaping”. Bagi menguatkan alasannya itu, Anuar juga menggerak-gerakkan otot mukanya sebagai bukti dia tidak menyuntik bahan yang berbahaya itu di wajahnya. 

Tegas Anuar, dia juga tidak percaya kepada botox dan teknik reshaping itu dibuat kerana dia merasakan rawatan itu tidak merbahaya. 

Justeru, Anuar berharap semua pihak selepas ini tidak lagi membuat spekulasi yang bukan-bukan terhadapnya kerana sebagai artis, kata Anuar dia perlu nampak berbeza supaya peminat tidak lekas jemu dengan penampilannya.

 
Bagi Cik Normah, apa yang Anuar biat itu tidak salah. Pertama, dia ada duit dan apa yang dia nak buat, itu adalah haknya.Dan yang kedua, Cik Normah tengok Anuar memang lebih kacak daripada biasa. Apapun Cik Normah memang tak sabar nak dengar hasil kerja album terbarunya. 



Credit : Berita Harian 

No comments:

Post a Comment