Thursday 15 September 2011

Blogger Lesbian Ternama Syria Diculik Lelaki Bersenjata



TRIBUNNEWS.COM - Blogger ternama Syria yang namanya melonjak naik kerana pergaduhannya terhadap pemerintah serta mengaku lesbian, Amina Arraf, diculik lelaki bersenjata di Damaskus. Demikian diberitakan The Guardian, Selasa (7/6/2011).


Amina Arraf yang menggunakan nama samaran Amina Abdalla dan memegang dua kewarganegaraan iaitu Syria dan Amerika Syarikat (AS) menjadi popular kerana menulis blog berjudul A Gay Girl in Damascus baik di negaranya mahupun di mata dunia .


Amina diculik Isnin (6/6/2011) malam ketika dia dan seorang temannya hendak melakukan pertemuan di Damaskus. Penculikan ini kemudian dilaporkan sepupunya.


"Amina diculik tiga lelaki berusia 20-an. Menurut saksi yang tak ingin namanya disebut, lelaki itu bersenjata," tulis sang sepupu, Rania Ismail.


"Amina sempat memukul salah seorang di antara mereka dan meminta sang teman mencari ayahnya. Lelaki itu kemudian menutup mulut Amina dan menariknya masuk ke kereta bertuliskan Basel Assad," tulis Rania.


Basel adalah abang kandung Presiden Syria Bashar al-Assad dan dikatakan bakal menjadi presiden ketika itu namun kematian merenggutnya dalam kemalangan kereta pada tahun 1994.
 

No comments:

Post a Comment