Wednesday 7 September 2011

Banduan serang warden dengan memicit buah dada

OWENSBORO (Kentucky): Seorang banduan wanita dituduh menyerang warden penjara dengan memancutkan susu ke muka pegawai itu, semalam.

Stesen WYMT-TV melaporkan, pada awalnya wanita berusia 31 tahun itu ditahan kerana membuang air di tempat awam.

Apabila tiba di penjara, dia diarah memakai pakaian seragam pusat tahanan itu.

Ketika itu dia tiba-tiba memicit buah dadanya dan memancutkan susu ke muka seorang pengawal penjara wanita di depannya.

Dia kini menghadapi tuduhan menyerang tahap ketiga ke atas pegawai keselamatan penjara. Mahkamah menetapkan ikat jamin ke atasnya bernilai RM34,000 sementara menunggu perbicaraan.

No comments:

Post a Comment