Thursday 15 September 2011

Awal Ashaari terkilan dengan makian Zarina Anjoulie Lavocah


Terkejut melihat pelakon penuh kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tiba-tiba sahaja mengamuk memarahi pelakon dan pengacara Awal Ashaari melalui laman sosial, twitternya baru-baru ini.


Tidak menyatakan sebab yang jelas, Zarina bagaimanapun melemparkan kata-kata kasar terhadap Awal sehingga sanggup memijak pengacara Fuhh ini sekiranya mereka bertemu di luar.


Bertanyakan kekasih kepada pelakon Scha Al-Yahya ini, sama ada dia ada melakukan kesalahan terhadap Zarina, Awal bagaimanapun bersumpah tidak mengenali siapa Zarina Anjoulie Lavocah ini.

“Secara peribadinya, memang saya tidak mengenali siapa dia, Zarina Anjoulie Lavocah Tidak kisahlah kalau ada yang kata saya naif kerana tidak mengenalinya, tetapi realitinya saya memang tidak kenal siapa dia.


“Saya terkejut bila membawa status twitternya yang mengamuk memarahi saya, dan saya tidak tahu atas alasan apa dia begitu marah pada saya sehingga membabitkan ibu bapa saya.


ZARINA DILIHAT SEPERTI CUBA MENCETUS KONTROVERSI


“Bila tahu tentang perkara ini, saya dan pengurus menghubungi penerbit program Fuhh untuk cek semula sama ada saya ada terlepas cakap tentang dia sewaktu program itu berlangsung ataupun tidak, dan saya sendiri menonton semula Fuhh! melalui Tonton untuk mencari di mana silapnya.


“Tetapi sepanjang saya mengacarakan Fuhh! lebih kurang seratus episod, tiada langsung cerita mengenai dia dalam program itu, jadi saya sendiri tidak pasti kenapa dia begitu marah kepada saya.


“Sememangnya saya terkilan, apabila dia mengaitkan ibu saya dalam status-status itu, selain mengungkit semula cerita-cerita lama saya dahulu, sedangkan perkara itu sudah lama saya tutup,”luahnya terkilan.


Menumpang Populariti


Bercerita lanjut tentang perkara itu, jelas Awal, ramai yang bercerita padanya bahawa pelakon Zarina Anjoulie Lavocah ini selalu sahaja mencetuskan kontroversi, jadi dia enggan melayan perkara ini.


“Bila perkara ini terjadi pada saya, ramai yang bertanya dan ada yang kata pelakon ini memang selalu mencetuskan kontroversi.


“Saya memang langsung tidak mengenalinya, tidak tahu dia pernah berlakon dan tidak pernah lihat lakonannya dan rasanya kami tidak pernah bertemu dalam satu majlis yang sama.


“Saya ada Google namanya di internet , kebanyakan cerita yang keluar kurang menarik selain gambar-gambar yang kurang sopan.


“Niat dia mengeluarkan kata-kata itu mungkin juga salah satu cara untuk dia naik semula dalam industri ini,”jelas Awal Ashaari.

No comments:

Post a Comment