Thursday 8 September 2011

Artis Kontroversi Indonesia Cut Tari Meninggal?


JAKARTA: Nama Cut Tari kembali menjadi perbicaraan ramai di laman sesawang sosial dan Internet. Bukan kerana kaitan dengan video lucah tetapi selebriti itu dikhabarkan sudah meninggal dunia.


Khabar mengejutkan itu dikatakan bermula daripada pesanan melalui Blackberry Messenger (BBM) yang tersebar, semalam.

“Innalillahi wa’inna Ilaihi Rajiun. Berita sedih mengenai artis Indonesia yang terlibat dengan kes video lucah, Cut Tari, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Medistra Tebet, Jakarta jam 2.27 petang tadi. Cut Tari dibawa ke hospital satu jam sebelum itu selepas tidak sedarkan diri. Pihak hospital belum mengesahkan punca kematiannya kerana keluarga Cut meminta supaya mayatnya dibedah siasat.” Sejurus selepas itu timbul kekecohan di kalangan pengguna Twitter apabila ramai yang bertanya mengenai kesahihan khabar itu.


“Benarkah Cut Tari meinggal? tulis seorang pengguna, @WinnyPatty.

Bagaimanapun, pihak pengurusan artis terbabit menafikan khabar itu. Pemilik akaun @icontalentmgmt, menjelaskan Cut sihat-sihat saja dan kini menjalani penggambaran program televisyen.


“Berita sedih mengenai Cut Tari itu tidak benar kerana waktu ini dia sibuk menjalani penggambaran,” tulis @icontalentmgmt menafikan khabar duka itu. - Agensi

No comments:

Post a Comment