Sunday 18 September 2011

Apek Juvana digelar jelmaan Benjy



Pelakon drama Juvana, Apek atau nama sebenar Syazwan Zulkifly berumur 24 tahun yang juga bekas pemain bola sepak remaja Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur baru-baru ini digelar jelmaan Benjy, dikatakan banyak persamaan antara Apek dengan Benjy yang pernah mendapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Telefilem) di Anugerah Skrin TV3.
“Ramai juga orang menyamakan lakonan saya dengan Benjy tetapi saya tidak pasti bahagian mana yang sama.”
“Saya tidak kisah dengan apa pun kata mereka dan menerima dengan hati terbuka. Rasa seperti mendapat penghargaan. Mungkin mereka hanya menyamakan saya dengan Benjy kerana menonton lakonan saya dalam drama Juvana,” – jelas Apek.
Apek juga menyatakan haratnya ingin kembali meneruskan pengajianya ke menara gading dalam bidang bola sepak, namun minatnya yang mendalam dalam bidang seni seni lakonan menjadikannya tidak pernah menyerah kalah dalam yang penuh cabaran ini.
Jelas Apek pada awalnya dia hanya suka-suka masuk kebidang lakonan selepas dipelawa oleh salah seorang rakannya untuk menjadi pelakon tambahan, namun bukan mudah untuk Apek mendapat kebenaran serta kepercayaan dari kedua ibu bapanya. Selepas ibu bapa Apek melihat sendiri yang beliau begitu serius dalam bidang ini, barulah dia mendapat sokongan dari keluarganya.
Apek juga menyatakan yang hasrat beliau yang ingin menceburi bidang pengarahan serta ingin memiliki syarikat produksi sendiri, jelasnya dia tidak memandang industri ini dari pandangan satu sudut sahaja.

No comments:

Post a Comment