Tuesday 6 September 2011

10 Orang Yang Mempunyai Bakat Pelik Dan Luar Biasa

1.Orang yang boleh ditendang di selangkangannya tanpa tercedera.

Yong Hsueh,biarawan Shaolin,muncul pada versi Cina Britain's Got Talent untuk menunjukkan kemampuannya untuk ditendang di selangkangan tanpa mengalami kecederaan.

Dia mengatakan kepada penonton,"Kungfu selangkangan Besi adalah seni kuno,ini adalah latihan untuk memperkuat dan melindungi organ kelamin lelaki jadi hanya sedikit peluang mereka terluka dalam pertempuran".

Biarawan itu mengatakan kemahiran ini hanya boleh dipelajari oleh seorang pelajar yang dimulai pada masa kanak-kanak dan ini melibatkan mendorong testis ke dalam tubuh di mana testis terlindungi dan tidak boleh terluka.

2. Orang yang dapat meregangkan kulitnya lebih dari 6 inci.

Garry Turner (Inggris),lebih dikenali sebagai Stretchy Skin Man,mampu meregangkan kulit perut buncitnya sepanjang 15,8 cm (6.25 inci) akibat situasi medik yang aneh,disebut Sindrom Ehlers-Danlos,gangguan dari jaringan ikat yang mempengaruhi kulit,ligamen dan organ internal.

3. Orang yang boleh bersendawa pada kekuatan 110 desibel.

Paulus Hunn,memiliki kemampuan untuk bersendawa pada kekuatan 110 desibel.Dia mencapai rekod Guinness World untuk sendawa paling keras di dunia dari The New Paul O'Grady Show,London, Inggeris,pada tanggal 24 September 2008.

4. Manusia getah yang dapat masuk melalui kepala raket tenis.

Kapten Frodo adalah orang yang sangat membingungkan.Mungkin kerana tubuhnya yang setengah telanjang dan sangat putih,mata melotot,ada tatto di belakang atau mungkin kerana tindik 2 inci pada putingnya.

Atau mungkin itu adalah fakta kecil dimana dia juga mampu meloloskan tubuhnya melalui raket tenis berdiameter 10 inci.Dia manusia getah di La klik,sebuah sarkas yang juga mengandungi aksi juggling,aksi menelan pedang dan lain-lain.

5. Orang yang dapat menarik minivan dengan menggunakan 2 kelopak matanya.

Jika Kereta Anda perlu ditunda tapi tidak ada peralatan yang sesuai,anda boleh berhubung dengan orang ini.Xie Zhongcai,stuntman di Hefei,bagian timur daerah Anhui China,yang memiliki bakat istimewa yaitu mampu menarik kenderaan dengan 2 kelopak matanya.

6. Orang yang boleh memuntahkan apa saja.

Liang Yuxin menjadi pemegang rekod dunia tukang muntah.Orang Cina,25 tahun,dari daerah Xia Mei telah mengejutkan para dokter dengan kemampuannya untuk memuntahkan apa saja pun dari ikan hidup sampai rantai 50-inci.

"Saya tahu saya boleh melakukannya ketika saya masih kecil dan saya tidak sengaja menelan bola dan memuntahkannya kembali.Sekarang saya sepertinya boleh menelan apa pun".Rekod yang telah dipecahkan oleh orang inggris dengan menelan 10 koin dan saya boleh melakukan dengan 11 koin,katanya.

7. Orang yang boleh menyemprotkan susu dengan matanya.

Ilker Yilmaz mungkin menjadi memegang rekod paling pelik di dunia.Pekerja binaan Turki menuangkan susu ke tangannya,kemudian dia menghisap melalui hidung dan disemprotkan sejauh 9.2 meter keluar dari mata kirinya dalam rangka untuk memecahkan rekod dunia baru.

8. Orang yang dapat menampung sebuah tin Coke di mulutnya.

Temui orang yang memiliki mulut seperti getah,dia mampu memuat seluruh tin Coke di dalamnya mulutnya.Mulut Francisco Joaquim Domingo membentang dengan panjang 6,69 inci.

Pemuda berusia 20 tahun ini berasal dari Sambizanga,Angola ini,dikatakan telah mendapat perhatian setelah mempamerkan bakatnya di pasar tempatan dan tempat bermain bola sepak.

9. Wanita yang dapat memainkan dua seruling dengan hidungnya.
Persembahan Claire Hawes pada Britain's Got Talent membuat hakim terdiam setelah dia mempamerkan kemampuan luar biasa dengan alat muziknya.Tidak puas dengan bermain hanya satu instrumen,dia memainkan dua seruling yang dia tiup dengan hidung,bukan dengan cara yang lebih konvensional menggunakan mulutnya.

10. Profesor yang dapat menggambar lingkaran bulat yang sempurna dengan tangan.

Alexander Overwijk boleh menggambar lingkaran sempurna berdiameter 1 meter freehand dalam waktu kurang dari 1 saat.

No comments:

Post a Comment